Menurut
daripada Abd Rahim Md Nor (2004), kegiatan ekonomi merupakan sebarang bentuk
kegiatan yang dijalankan oleh manusia dengan tujuan untuk mendatangkan nilai
dan pendapatan. Kegiatan ekonomi juga didefinisikan sebagai kegiatan yang
dilakukan manusia dalam bidang / sektor ekonomi atau dalam bidang tertentu
untuk menghasilkan pendapatan dalam usaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak
hidup. Kegiatan ekonomi di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga sektor utama
iaitu sektor primer, sektor sekunder dan sektor tertier. Ketiga-tiga sektor ini
telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan secara tidak langsung
dapat menyediakan peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan penduduk
negara ini.
Usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk sekitar:
a) Mengadakan kempen / program untuk meningkatkan ekonomi penduduk.
-
Kerajaan perlu mengadakan kempen atau program-program kepada penduduk yang berpendapatan rendah.
Kempen ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada penduduk untuk merancang
ekonomi mereka dan juga memberi peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan. Contoh kempen atau program yang
boleh dijalankan seperti “Kempen Peningkatan Ekonomi” dan “Program
Keusahawanan”.
b.) Menyediakan kemudahan pinjaman
-
Kerajaan perlu membantu penduduk untuk meningkatkan pendapatan dengan
menyediakan kemudahan pinjaman kepada penduduk yang berminat untuk membuka
perniagaan. Kemudahan seperti ini perlu mendapat kerjasama daripada semua pihak
termasuklah kerajaan sendiri, pihak bank dan masyarakat. Apabila kerajaan
membuka peluang pinjaman, secara tidak langsung akan membantu para penduduk
setempat untuk membuka dan memajukan perniagaan. Perniagaan ini termasuklah
perniagaan secara kecil-kecilan ataupun industri kecil dan sederhana.
c.) Membangun dan menyediakan ruang-ruang perniagaan
- Pihak kerajaan perlu menyediakan ruang perniagaan
yang banyak di kawasan sekitar tempat kediaman seperti bangunan dan bandar baru
untuk menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan. Secara tidak langsung,
usaha ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Bagi penduduk
yang bekerja jauh dari tempat tinggal, mereka akan beralih ke tempat kerja yang
lebih dekat untuk menjimatkan kos harian mereka. Maka, mereka boleh menyimpan
duit yang lebih untuk keperluan lain. Apabila ruang-ruang perniagaan banyak
disediakan, para penduduk dapat meningkatkan pendapatan mereka.
d.) Menubuhkan pusat pengajian tinggi