Ahad, 28 Jun 2015

Kegiatan Ekonomi Utama Penduduk Malaysia

Menurut daripada Abd Rahim Md Nor (2004), kegiatan ekonomi merupakan sebarang bentuk kegiatan yang dijalankan oleh manusia dengan tujuan untuk mendatangkan nilai dan pendapatan. Kegiatan ekonomi juga didefinisikan sebagai kegiatan yang dilakukan manusia dalam bidang / sektor ekonomi atau dalam bidang tertentu untuk menghasilkan pendapatan dalam usaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak hidup. Kegiatan ekonomi di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga sektor utama iaitu sektor primer, sektor sekunder dan sektor tertier. Ketiga-tiga sektor ini telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat menyediakan peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan penduduk negara ini.

Usaha-usaha  untuk meningkatkan pendapatan penduduk sekitar:

a) Mengadakan kempen / program untuk meningkatkan ekonomi penduduk.
- Kerajaan perlu mengadakan kempen atau program-program  kepada penduduk yang berpendapatan rendah. Kempen ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada penduduk untuk merancang ekonomi mereka dan juga memberi peluang kepada mereka untuk menjana  pendapatan. Contoh kempen atau program yang boleh dijalankan seperti “Kempen Peningkatan Ekonomi” dan “Program Keusahawanan”.

b.) Menyediakan kemudahan pinjaman
- Kerajaan perlu membantu penduduk untuk meningkatkan pendapatan dengan menyediakan kemudahan pinjaman kepada penduduk yang berminat untuk membuka perniagaan. Kemudahan seperti ini perlu mendapat kerjasama daripada semua pihak termasuklah kerajaan sendiri, pihak bank dan masyarakat. Apabila kerajaan membuka peluang pinjaman, secara tidak langsung akan membantu para penduduk setempat untuk membuka dan memajukan perniagaan. Perniagaan ini termasuklah perniagaan secara kecil-kecilan ataupun industri kecil dan sederhana.

c.) Membangun dan menyediakan ruang-ruang perniagaan
- Pihak kerajaan perlu menyediakan ruang perniagaan yang banyak di kawasan sekitar tempat kediaman seperti bangunan dan bandar baru untuk menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan. Secara tidak langsung, usaha ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Bagi penduduk yang bekerja jauh dari tempat tinggal, mereka akan beralih ke tempat kerja yang lebih dekat untuk menjimatkan kos harian mereka. Maka, mereka boleh menyimpan duit yang lebih untuk keperluan lain. Apabila ruang-ruang perniagaan banyak disediakan, para penduduk dapat meningkatkan pendapatan mereka.

d.) Menubuhkan pusat pengajian tinggi
- Pihak kerajaan perlu mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi awam atau swasta. Pembinaan pusat pengajian ini secara tidak langsung akan mendatangkan faedah ekonomi kepada banyak pihak termasuklah penduduk sekitar. Hal ini kerana, sektor pendidikan ini akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk termasuklah sebagai tenaga pengajar, pentadbir dan pekerja am seperti juruteknik, pemandu dan pembantu pembersihan. Maka dengan itu, penubuhan pusat pengajian tinggi dapat membantu penduduk sekitar meningkatkan pendapatan mereka. 

Rabu, 13 Mei 2015

Tenaga biomass / biojisim di India

Menggunakan bahan daripada sisa pertanian, sisa penternakan, sisa kayu, sisa makanan, sisa kumbahan, sisa  industri, sisa binatang, tempat pelupusan sampah...